Salah Faham

Assalamualaikum and selamat malam semua. Dah lama tak story hari ni nak story sikit kisah salah faham aku dengan Mr.N. Kisahnya Jumaat tu memang aku balik dari Kuala Kangsar singgah kejap la dekat tempat dia keje. Then, aku call tanya nak join pergi pasar tak sebab dia rehat jam 6 petang. Dia kata okay je nak join,so aku tunggu la dia. Dah pergi pasar beli barang apa semua. Aku tengok la dia update status kat facebook. Dia tulis bahasa dia mana la aku nak paham. Then, bila aku translatekan guna Google ( yang ni je aku boleh harapkan sekarang pun ), keluarla maksud macam ni : Cinta pertama ialah keluarga Kedua Liverpool ( dia sangat la fanatik Liverpool ) Ketiga ialah kawan Mana la aku tak sedih bila dia tulis macam ni. Bila aku tanya dia apa maksud status tu dia cakap tak ada apa. Alahai ~ Lepastu, aku merajuk la. Aku up satu status cakap bila perempuan merajuk dia akan seen, balas pendek and block. Dia terus chat aku nanti dia nak tutup phone. Ehh terasa pula...