Salah Faham
Assalamualaikum and selamat malam semua.
Dah lama tak story hari ni nak story sikit kisah salah faham aku dengan Mr.N. Kisahnya Jumaat tu memang aku balik dari Kuala Kangsar singgah kejap la dekat tempat dia keje. Then, aku call tanya nak join pergi pasar tak sebab dia rehat jam 6 petang. Dia kata okay je nak join,so aku tunggu la dia.
Dah pergi pasar beli barang apa semua. Aku tengok la dia update status kat facebook. Dia tulis bahasa dia mana la aku nak paham. Then, bila aku translatekan guna Google ( yang ni je aku boleh harapkan sekarang pun ), keluarla maksud macam ni :
Cinta pertama ialah keluarga
Kedua Liverpool ( dia sangat la fanatik Liverpool )
Ketiga ialah kawan
Mana la aku tak sedih bila dia tulis macam ni. Bila aku tanya dia apa maksud status tu dia cakap tak ada apa. Alahai ~
Lepastu, aku merajuk la. Aku up satu status cakap bila perempuan merajuk dia akan seen, balas pendek and block.
Dia terus chat aku nanti dia nak tutup phone. Ehh terasa pula Mr.N ni. Lepastu, aku cakap la, aku ada penah balas pendek ke ? Aku penah seen je ke wasap/ chat dia ? Aku penah block dia ?
Terus dia bye aku weh ! Masa ni memang aku dah sedih aku turn off data. Tapi tak sampai la sejam aku on balik. HAHAHAHA
Then, dapat satu gambar. Macam kat bawah :
Hati aku yang tengah sedih dan marah terus hilang.Pandai pulak pujuk. Hahaha. Bukan senang nak dapat perkataan macam ni dari Mr.N. Sebab tu aku value gila bila dia buat macam ni.
Masa video call malam tu aku tanya banyak kali maksud yang ketiga tu. Dia senyum je cakap tak ada apa. Aku buat la acah-acah merajuk sikit baru la dia beritahu aku yang maksud ketiga tu bukan kawan tapi cinta hati. Gittewww ~
Aku terharu sebab Mr.N ni bukan jenis yang suka cakap romantik, tapi perbuatan dia tu kita tahu yang dia tu sayang kat kita. Cara dia bercakap, cara dia tunjuk yang dia sayang kita tu hampir sama macam arwah tokwan aku. Mungkin tu salah satu sebab aku tertarik dengan dia.
Okayla, takat ni je nak share. Kalau share banyak-banyak nanti orang menyampah pulak. Hahaha.
Nak layan movie dulu. Good night hampa !
Ayana
Comments
Post a Comment