Interview as Kindergarden Teacher ( Little Caliph )

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua,

Seperti dijanjikan aku nak share dengan korang semua apa yang disoal semasa aku kena interview untuk posisi guru tadika di Little Caliph. Aku saja-saja la apply sebab aku memang suka budak-budak and memang menyimpang jauh dari apa yang aku patut mintak. Aku dulu belajar administration tau tiba-tiba mintak jadi cikgu tadika. Memang jauh menyimpang la kan 😛

So, masa aku apply tu aku cari kat dalam group Facebook je. Aku wasap je number yang diorang bagi tu and terus ak di shortlisted kan untuk interview. Diorang bagi la tarikh, masa and location and apa yang kita patut bawa masa interview, macam resume, sijil certification and lain-lain la.

Aku dah la gerak lambat tau dari rumah makcik aku ni. Nak sampai ke Damansara punya tempat tu ambil masa 30 minit jugak tapi aku macam chill je la kan sebab yela jalan jem pulak, ada accident jadi aku ada alasan la kalau lambat. Sampai je sana aku ingatkan aku sorang je lambat, rupanya ada yang lagi lambat so, tak pe la.

Ingatkan senang la interview sebagai Kindergarden teacher ni weh. Susah gila. Lagi susah dari aku interview position as admin. Tapi siapa yang akan ditemuduga sebagai Kindergarden teacher di Little Caliph meh sini aku listkan apa yang diorang akan tanya.

1. Kenalkan diri.
2. Bagitahu kekuatan kita
3. Kelemahan kita
4. Jika diorang ambil hang keje, apa sumbangan yang hang boleh bagi ( yang ni aku jawab apa tau, aku tak tahu sebab aku tak pernah kerja dalam bidang kindergarden ni. Hahhahah. Aku rasa bodoh gila jawapan aku)

Kedua diorang akan tanya macam kat bawah ni :

1. Baca surah Al-Fatihah.
2. Baca ayat Kursi
3. Baca surah Ad Dhuha
4. Mengucap Kalimah Syahadah
5. Baca Tahiyat Akhir
6. Rukun Iman
7. Rukun Islam

Ada lagi tapi aku tak ingat. Tapi nanti diorang akan tanya kita boleh tangani stress ke tak, boleh tahan marah ke tak,( sesuai untuk orang yang penyabar keje ni ), and diorang akan tanya kalau diorang hantar kita ke kawasan lain kita setuju atau tak. Aku jawab aku tak nak. Tapi diorang akan bagi penginapan, makan 2x sehari dengan apa lagi entah lagi satu tu aku tak ingat.

Ketiga diorang akan mintak kita mengajar dalam tiga bahasa guys ! Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris and Bahasa Arab. Ni direkod sebab diorang nak hantar ke Principal.

Hang nanti akan masuk satu bilik ni. Acah-acah la depan hang tu ada anak murid. Aku bila dah part ni aku rasa macam alahai susahnya diorang punya interview ni. Mengajor la aku dalam 3 bahasa tu. Dalam bilik tu ada macam-macam benda diorang tampal. Mengajar la ikut kita nak pilih bahan yang mana satu. Lepastu diorang akan mintak kita menyanyi lagu pulak. Lagu budak-budak. 

Aku ingat lagu budak-budak tapi masa interview tu semua hilang. Hahahaha.
Aku nyanyi lagu Tanya sama pokok dengan Twinkle twinkle little star je.
Dua-dua separuh sebab aku tak tahu lagu tu. Terus jadi lupa. Hahahahaha

Okay takat ni jela sharing aku pasal interview sebagai Kindergarden Teacher. Bagi siapa yang akan di interview untuk position ni aku ucapkan Good luck !

Yang benar,
Ayana

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Training di 99Speedmart

Have a crush on someone? Read this !