Ex Fiance : Hang out with my ex mother in law ( PART 1 )
Assalamualaikum dan hai guys !
Fuh fuh ~ Dah lama tak update kan ? Aku busy dengan masalah hati aku ni haaa. Buah hati aku dalam beberapa hari ritu tiba-tiba layan aku dingin semacam. Hilang terus mood aku nak update blog. Haishhh ! Dalam beberapa minggu ritu dia tak berapa sihat. Memang aku terus malas nak update blog nak citer pasal bekas tunang aku ni.
Okay kita teruskan je la ya. Benda ni jadi dalam tahun lepas la, sebab tahun ni aku dah putus tunang kan ? Aku naik la KL ( Kuala Lumpur ), pergi rumah makcik dan pakcik aku kat Rawang. Stay dalam 3 hari 2 malam memandangkan aku habis kelas awal Jumaat tu, jadi aku naik train la dari KK ( Kuala Kangsar ) ke Rawang. Mahal doh tiket tapi demi nak jumpa buah hati kan, aku beli la tiket train yang harga mahal namatey tu !
Aku cerita kat mak aku yang aku nak naik KL jumpa dia hari Sabtu. Memang dia datang la ambik aku kat Rawang sekali dengan mak dia. So,kitaorang decide nak pergi ke GM KLANG sebab memang aku dah lama nak pergi situ. Aku bawak adik sepupu aku, kecik lagi dalam umur 5 tahun sebab dia memang kalau dengan aku dia suka melekat macam magnet sebab aku jaga dia dari kecik sampai la umur dia 2,3 tahun macam tu sebelum diorang pindah ke Rawang. Then, aku ajak adik laki bongsu aku sebab dia keje kat KL jugak, dia kata nak join aku pun ajak la pergi GM sekali sebab dia naik moto memang cepat la sampai sana.
Sampai je sana kitaorang decide untuk makan dulu. Makan la sekali kami 5 orang. Semua dia bayar la kan tak kan aku pulak nak bayar. Hahahahaha. Lepastu, masuk la dalam jalan-jalan. Nak shopping la kononnya. Last sekali dia duduk lepak dengan adik aku je. Main dengan adik sepupu aku. Dia kata pergi la shopping dengan mak dia. Dia tak tahu ke yang aku ni segan ? Dia cakap nak suruh aku rapat dengan mak dia. Ya Allah ~
Time shopping tu aku pun ikot la kat mana kedai mak dia masuk. Aku pun masuk. Sekali tu mak dia masuk kedai handbag. Handbag mak dia nak tu memang lawa. Ada dua dia berkenan. Biasala pompuan kan ? So aku pun tolong la mak dia pilih antara dua handbag tu. Aku pulak jenis tak suka minta-minta ni. Aku perati je mak dia minta beli handbag baru, mintak itu ini. Bekas tunang aku ni bagi mak dia pegang semua duit dia. Aku macam apa salahnya hang pegang sendiri duit hang tu. Aku naik angin jugak kadang-kadang. Mak dia tanya aku nak beli tak, aku segan la tak kan aku nak cakap nak kan ? Aku tak nak la mak dia tanya aku nak dia yang tanya aku. Sampai sudah tak tanya weh ! Lepastu mak dia berkenan shawl pulak, aku pun belanja la shawl kat mak dia. Aku beli jugak la satu walaupun aku sengkek waktu tu demi bakal mak mertua aku belikan jugak.
Lepastu, mak dia ajak makan malam kat rumah. Aku nak tolak sebenarnya sebab aku makan hati dengan bekas tunang aku tu. Tapi tengok muka mak dia, ajak jugak aku pun iyakan je la. Adik aku pulak tak nak join sekali.
Nak tahu apa jadi kat rumah bekas bakal mak mertua aku ? Next post !

Comments
Post a Comment