International Relationship

Assalamualaikum & selamat malam semua :)

Actually aku dah lama nak update blog tapi tu la. Tak tahu nak update apa, so aku update kisah aku je la. Kalau nak baca teruskan la ea. Kalau tak nak baca pun tak apa >,<

Tengok tajuk pun dah tahu kan International Relationship. Maksudnya ada hubungan dengan orang luar that means bukan orang Malaysia ya. Kalau kau date orang Malaysia tapi lain negeri tu bukan International ya diknoonn ~ Hahahaha. Tu lain negeri je.

Actually aku dengan Mr.N ni dah lama nak dekat 5 bulan jugak ada relationship. Before ni aku tak kenal pun dia tu siapa sampai la adik aku kenalkan aku dengan dia ( dia tu crush adik aku). Aku tak pasti aku dah cerita ke belum pasal ni kat post sebelum ni ke tak tapi macam tu la kisahnya.

Aku cerita la kat mak aku. Mak aku okay cuma ayah aku je mula-mula tak okay sebab yela dia kan orang luar tapi mak aku cakap kadang-kadang orang luar lebih elok dari orang kita ni. Mak aku cakap lagi, lagipun dia pun manusia macam kita jugak. Bukannya aku nak ada hubungan dengan alien ke robot ke. Punya la mak aku sokong aku kawan dengan Mr.N ni. Opah aku pun mula-mula tak berkenan sebab faktor yang sama jugak tapi lama-lama makin okay, Alhamdulillah. Penerimaan family dengan Mr.N ni makin okay. Im so happy for him ! Aku pun happy jugak. Heeee ~

Buat masa sekarang aku tak nak sebarkan sangat la muka Mr.N ni. Kalau dah nak kahwin baru la aku sebarkan kaw-kaw punya. Buat masa sekarang yang tahu hubungan aku dengan Mr.N ni kawan-kawan terdekat dengan family je.

Aku berharap pembaca doakan juga hubungan aku dengan Mr.N ni. Semoga Allah permudahkan aku untuk tarik dia masuk Islam. Aku lupa nak cerita. Kitaorang lain agama dan budaya ya ! Hahahahaha.
Nama pun International Relationship kan ;)

Sebab apa nak tarik orang yang tak tahu tentang Islam memang agak sukar berbanding dengan orang bukan Islam yang menetap kat Malaysia. At least diorang tahu serba sikit tentang Islam.

Doakan aku ya guys !

Sekian,
Ayana

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Training di 99Speedmart

Interview as Kindergarden Teacher ( Little Caliph )

Have a crush on someone? Read this !