Experience work at Brainy Bunch ( Good or Bad ? )

 Assalamualaikum and good evening everyone,


Dah nak dekat sebulan aku tak update blog walaupun tak ada sapa pun nak baca kan? But its okay aku suka share je apa yang aku buat and apa yang aku dapat daripada pengalaman aku.

So, cerita sekarang tentang pengalaman aku kerja kat taska Brainy Bunch. Kisahnya bermula lepas je aku blah je dari keje kat 99 Speedmart tu aku pun mencari la kerja lain. Masa tu aku dah pening dah yelah mak aku kata aku dah kena start bayar kereta aku sendiri kan. Lepastu aku pun ada komitmen lain. Masa nak cari kerja tu memang family aku especially opah aku ada bagi aku duit poket untuk aku cari kerja. After je graduate memang aku aim cari kerja. Sebab aku tak suka susahkan family aku. Yelah masa tu dah 26 tahun weh. Habis belajar 25 tahun. Habis belajar pun masa hujung tahun 2019. So, bagi aku memang aku aim masuk je tahun baru aku kena kerja. Wajib !


After job hunting apa semua, aku tergerak hati nak masuk group tadika & taska kat facebook. Untuk pengetahuan semua, kat facebook sangat banyak group untuk korang cari kerja tau. Tapi kena pandai-pandai pilih kerja. Selidik dulu pasal company apa semua.


Then, aku terjumpa la satu post kata perlukan guru ganti. Aku pun wasap la number yang ada kat facebook tu. Then, lusa aku pergi la interview. Serius aku memang tak pernah dengar taska nama Brainy Bunch ni sebab aku selalu dengar Little Caliph ja sebab dia famous kan. Tapi before pergi Brainy Bunch punya interview aku penah pergi kat Little Caliph. Sangat straight ya sisturrrr interviewnya.


Sampai je kat Brainy Bunch, aku pun terus la pergi masuk interview. Then, manager bagitahu start bulan 2. Masa tu aku interview dalam minggu ketiga bulan Januari. Aku ada masa la balik kampung dulu. Siapkan mental & fizikal duluan.


Masuk je kerja, first day dah datang lambat sebab sesat dan jalan jem. Jarak rumah makcik aku dengan tempat kerja amik masa almost 45 minit ya kalau tak jem. Aku pun siap mintak maaf sebab lambat. Patutnya aku masauk 7.30 pagi tapi sampai 7.45 pagi. Itu pun aku dah bangun awal 5.30 siap dan bertolak dari rumah jam 6.40 pagi.


Dan bermulah kisah aku sebagai guru taska. Buat pengetahuan semua aku stay in ya di taska sebab diorang ada sediakan bilik untuk teacher. Masa mula-mula memang susah sangat nak sesuaikan diri then yelah kita orang baru tau. Tapi sekarang dah nak masuk setahun lebih dah kerja sini.


Okay bagi aku pengalaman yang aku dapat, kat Brainy Bunch ni korang WAJIB speaking dengan budak-budak walaupun budak tu tak paham apa yang kau cakap. Jadi, kau kena explain la maksud tu apa. Bagi budak yang umur 4 tahun dan baru masuk, bila pertama kau ajar dia akan ingat tau. Kalau budak tu jenis mudah ingat. Kalau jenis pelupa tu kena keep remind. Kat Brainy Bunch ni ada 3 jenis level yang kau kena ajar budak tu :

1. Pink Series

2. Blue Series

3. Green Series

 Setiap level ni berbeza ya. Kalau budak tu masuk seawal 4 tahun Inshaallah dia boleh kuasai 3 level ni. Kalau masuk waktu 6 tahun susah nak catch up. Melainkan budak tu memang jenis cepat belajar dan mudah paham. Kalau jenis yang lambat memang naya la pak karim.


So far, bagi aku bagus la untuk aku sebab dulu aku tak ada keberanian nak speaking english tau sekarang aku makin yakin sebab aku speaking dengan budak-budak ni dari Isnin sampai Jumaat. 12 jam tau ! Start 7 pagi sampai 7 malam aku speaking. Dan bagi aku kalau parents nak masukkan anak-anak kat Brainy Bunch sangat aku galakkan sebab apa, kat Brainy Bunch ada sediakan untuk anak-anak seawal 1 tahun 8 bulan. Bagi umur bermula 1.8 bulan sehingga 3 tahun akan dimasukkan di Playhouse. Kat situ anak-anak akan belajar cara nak uruskan diri. Cara nak pegang pensil and macam-macam lagi.


Okay takat tu jelah aku nak cerita. So, conclusion-nya okay jer Brainy Bunch. 

Good night !

Gambar beraya di Brainy Bunch 2021
( Tak boleh nak balik jadi beraya di tempat kerja je la )


sincere,

Ayana


Comments

  1. Gaji okay tak? I graduate tahun 2020, and setahun keje fnb, now job hunting jugak

    ReplyDelete
  2. Salam sis. Boleh share pengalaman iv di Brainy Bunch? Apa yg disoal? Adakah sama mcm little caliph? Tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Training di 99Speedmart

Interview as Kindergarden Teacher ( Little Caliph )

Have a crush on someone? Read this !