Skincare - Kayman Coolberry Cleanser elok ke tak ?
Assalamualaikum & Hai :)
Selepas sekian lama tak update blog sebab tak ada masa and tak sempat pun nak belek blog ni sebenarnya. Plus, lupa password and email jugak. Lol
Okay reader, harini aku nak story sikit pasal skincare. Kalau korang baca tajuk pasal produk lokal jenama Kayman. Kayman ni produk local but sangat bagus ya. Aku pun baru tahu dari kawan-kawan aku and ada buat research sikit pasal Kayman produk ni. Kalau korang tengok dia punya packaging sangat wow ya. Macam international gittew.
Macam mana aku tiba-tiba buat research pasal Kayman ni. First, muka aku jadi breakout because of maskacne. Aku kena pakai mask dari 7 pagi sampai 7 malam ya sebab kerja. Sampai breakout kat bahagian yang kita pakai masak, dari dagu sampai la ke pipi. Nanti aku share la gambar part mana yang dikira sebagai maskacne tu.
Then, aku buat la research pasal cleanser yang boleh pakai and hilangkan maskacne. Aku terjumpa la Kayman. Before tu aku pakai Cetaphil tau tapi aku tak tahu la kenapa tak lut Cetaphil waktu tu. Jadi, aku pun decide la nak tukar cleanser and pilih la Kayman cleanser Coolberry tu.
Kayman ni ada dua cleanser yang berbeza tau. Satu dalam bentuk sabun satu lagi dalam bentuk cecair. Bentuk sabun tu tak silap aku CoalFace Soap tak silap aku. Yang cecair dalam botol Coolberry Cleanser. Masa tu pulak Kayman buat sale dari harga RM49 sebotol jadi RM39 sebotol. Free postage pulak. Aku pun sambar la kan. Korang boleh tengok kat bawah ni gambar cleanser dia.
Pengalaman aku pakai hari first tu memang jadi soft muka aku weh ! Serius talk and jadi smooth sangat muka walaupun masa tu jerawat banyak kan. Aku pun continue pakai memang ada perubahan sikit. Muka aku ni jenis sensitif tau. Aku cerita siap-siap la muka aku ni sensitif pakai salah produk sikit habisla muka aku. Huhuhu.
Then. aku continue la pakai sampai nak dekat sebulan but maskacne aku makin teruk and tak hilang weh ! Sadis and sedih gilaaa. Nak dekat sebulan pakai tapi tak ada perubahan apa-apa. Jerawat tal hilang pun cuma muka jadi lembut and lembab je. Muka aku jadi makin teruk pakai cleanser tu. Mungkin dah tak sesuai pakai so aku decide tukar balik ke Cetaphil. Pakai Cetaphil and stop pakai produk apa-apa kat muka, alhamdulillah muka aku dah okay. Jerawat dah tak ada tapi parut masih ada la. Ambil masa nak hilangkan parut tu kan.
Produk Kayman ni bukan tak okay. Okay tapi depends pada kulit masing-masing. Macam kulit muka aku okay sekejap je lepastu dah tak okay. Itu je la aku nak cerita. Terima kasih sebab membaca luahan hati sisturrr.
sekian ,
Ayana
Comments
Post a Comment